Irwansyah My Heart feat Acha Septriasa

September 28, 2006

Boleh Download / muat turun mana2 file yang u all nak kat bawah ni:
OST My Heart – Irwansyah & Acha
MP3 – My Heart
MTV – My Heart

Irwansyah
My Heart feat Acha Septriasa

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart


Only For Hot People

September 28, 2006

AGE 18 & ABOVE…….

Only for hot guys and girls..

If you are HOT… then scroll down to enjoy…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. Scroll more…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HOT!!!HOT!!!HOT!!!HOT!!!HOT!!!HOT!!!
Hope you are feeling better !!! Now get back to work …………………….. :-) Har har har Hi hi hi


Zionisisme : Makna, pengasas dan matlamatnya

September 26, 2006

Message: 1-Makna Zionisme

Kita sering mendengar perkataan Zionis samada dalam akhbar, berita, majalah dan sebagainya. Tetapi adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan Zionis? Adakah Zionis itu pertubuhan atau gerakan atau fahaman? Untuk kita menyingkap rahsia ini, marilah kita sama-sama mengkaji dahulu apakah Zionis .

Pengertiannya :

Istilah Zionis terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘ZION’ dan ‘ISME’. Perkataan ‘Zion’ diambil daripada perkataan Ibrani (bahasa Yahudi) yang bermaksud ‘batu’. Batu yang dimaksudkan disini ialah ikatan batu bangunan istana atau ‘Haikal’
yang didirikan oleh Nabi Sulaiman dikota Al-Quds. Manakala ‘Isme’ pula (bahasa Inggeris) yang bermaksud ‘fahaman’ atau ‘ajaran’.

Oleh sebab itu, gabungan daripada ‘Zion’ dan ‘isme’ membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. fahaman ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan sebuah kerajaan ‘Israel Kubra’ (Israel Raya) serta menjadikan kota Al-Quds ini sebgai ibu kotanya.

Zionisme didalam bahasa Arab pula adalah As-Sohyuniyyah yang di sandarkan kepada perkataan Sohyun iaitu satu tempat yang terletak diantara dua bukit, dan disitulah mereka akan mendirikan kerajaan israel Raya.

Kesimpulanya, Zionisme adalah adaptasi daripada beberapa perkataan yang memberi makna yang menjurus kepada bentuk ideologi yang dianut oleh bangsa Yahudi sedunia dan ini telah menolak tanggapan bahawa Zionisme adalah satu gerakan yang didokong oleh mereka. Oleh itu , istilah ini sering kita dengari dimana-mana kerana mereka menganut fahaman ini dan Zionis pula di guna
pakai kepada bangsa Yahudi.

2-Pengasasnya.

Menurut Dr Majid Kailani (Al Khasarus Sohyuni ‘ala al ‘Alami Islami’- Kerugian Zionisme keatas Dunia Islam), Zionisme telah diasakan oleh Theordore Hertzel (salah seorang pemimpin Yahudi) setelah beliau mengarang kitab yang berjudul ‘Negara Yahudi ‘ pada tahun 1896 Masihi.

Pada muktamar yang kelima yang diadakan di Hall tahun 1901 M, beliau telah membuat satu resolusi penting iaitu Palestin adalah bumi abadi milik bangsa Yahudi. kebanyakan daripada pemimpin yang menyokong kepada penubuhan Zionisme adalah daripada golongan sekular Yahudi daripada Jerman dan Austria. Bagi mereka Zionisme adalah lambang kepada negara Yahudi bukannya identiti agama mereka.

3-Matlamat penubuhan zionis.

Setelah kita memahami bahawa Zionisme adalah sebagai fahaman yang dianuti oleh mereka, maka diketahuilah oleh kita bahawa matlamat utama daripada tertubuhnya fahaman ini adalah untuk mendirikan kerajaan Israel Raya. Oleh kerana pendokong utama adalah daripada mereka yang berfahaman Nasionalis Sekular, maka fahaman ini tiada kena mengena agama mereka. Oleh kerana
mereka tidak mempunyai negara, perasaan rendah diri dan rasa diri mereka dihina menyebabkan mereka mengimpikan sebuah
negara mereka sendiri. Lalu mereka telah memilih bumi Palestin sebagai sebuah negara sekular yahudi. Fahaman ini telah mendominasikan seluruh bangsa Yahudi sehinggakan Zionisme elah mewarnai kehidupan beragama mereka, yang pada asal Zionis bukanlah satu doktrin agama.

Namun pada hakikatnya, Zionisme ini muncul setelah perasaan malu dan rendah diri mereka kerana mereka dipanggil sebagai bangsa yang merempat.Manakala pengasas kepada fahaman ini yang terdiri daripada golongan sekular yang mahu sebuah negara yang bebas daipada ikatan keagamaan.Pemimpin-pemimpin utama mereka mendendangkan fahaman ini seumpama ianya sebahagian daripada ajaran agama mereka telah membawa kepada perubahan yang besar didalam pemikiran bangsa Yahudi sehinggakan ‘matlamat menghalalkan cara’.

Penutup.

Apa yang berlaku dibumi Palestin hari ini adalah suatu perancangan yang teratur daripada musuh-musuh Allah. Kita sebagai orang Islam yang meyakini bahawa janji Allah iaitu akan tiba suatu masa nanti pembebasan bumi Al Aqsa. Bangsa Yahudi akan menerima akbibat daripada kejahatan kemungkaran yang mereka lakukan.


Pekakah kita atau “Pekak”kah kita?

September 26, 2006

Baru-baru ini saya ada terbaca dari sebuah website yang saya percaya berpusat di Sydney, Australia (di forward dari seorang rakan), iaitu Sydneyangelicans.net di mana di situ di ceritakan seorang melayu yang kita agung-agungkan selama ini kerana     pengorbanannya mengharumkan nama malaysia telah murtad.

Saya pada mulanya agak terperanjat membaca kenyataan itu seakan akan tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Setelah diselidiki, ternyata berita itu benar, seperti yang didakwa beberapa laman web yang lain. Percaya atau tidak, orang itu adalah Datuk Azhar Mansor, insan yang berjaya mengharumkan nama negara mengelilingi dunia hanya dengan kapal layarnya yang kerding, tetapi secara batinnya imannya telah tumpas kepada dosa yang paling berat di sisi agama. Beberapa dakwaan ada menyebut dimana beliau kononnya telah bertemu dengan Jesus Christ ketika pelayarannya. Di sini saya memetik dari website Sydneyangelicans.net rangkap dakwaan beliau:

“One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor – who no longer lives in Malaysia – is really converted. And there is much discussion among Christians as well. Kamariah’s version is that Mansor, about to drown in the sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after.”

Persoalannya di sini, bukan Azhar Mansor (Gugurnya gelaran “datok” di sini bererti hilangnya rasa hormat saya kepada beliau secara mutlak) sahaja yang berbuat demikian, tetapi ada lagi segelintir yang secara “Umum” atau secara “Rahsia” telah Murtad. Pernah dengar kisah Aishah? Lina Joy? Itu hanyalah merupakan sebuah episod telenovela kisah murtadnya umat Islam di negara kita; terdapat banyak lagi episod yang pada zahirnya tidak di ketahui, tidak disiarkan secara zahir pada kaca mata rakyat. Pendedahan saya di sini bukan ber erti hendak memalukan pihak yang terbabit, tetapi hakikatnya untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia bahawa Islam kini di ancam bahaya.

Siapa yang patut dipersalahkan? Berbalik kepada situasi Azhar Mansor tadi, hakikatnya perkara ini telah pun diketahui oleh bekas PM Tun Dr. Mahahir sejurus dia pulang dari pelayarannya – Azhar Mansor sendiri yang memberitahu beliau yang dia berhasrat untuk bertukar agama – atas untuk keselamatan Azhar Mansor, PM ketika itu menasihatkannya supaya meninggalkan negara; dan ya, Azhar mansor sekarang sudah tiada lagi di negara ini.

Yang agak mengejutkan ialah, hampir semua umat Islam di negara ini tidak tahu akan hal ini. Petikan dari sebuah blog yang saya ketemui menyebut, “I couldnt believe & i asked my christian friends, they knew about it a long time ago.” (“Saya tidak percaya lalu saya bertanya rakan-rakan saya yang beragama Kristian dan mereka berkata, mereka sudah tahu akan hal ini sekian lama.”) Tambahan pula, ada yang mendakwa untuk    menukar agama ini adalah sangat mudah sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah tukar agama, selesai.

Walaupun demikian, status agama pada kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis “Islam”) meskipun mereka telah selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar – Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad.

Siapa sangka, ramai lagi spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurtadan mereka secara umum? Peguam Kes Murtad Shazalina/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin) menambah, beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.

Anda boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri di talian 013-3998718 untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim akan  memberi penerangan tentang perkara ini. (Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius!) Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, tidak boleh minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh kahwin. Holywater yang beliau gunakan dulu dibawa dari Indonesia yang di sediakan oleh bapak Bruto (Ketua paderi Indonesia). Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.

PENDEDAHAN KHAS! HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu.

Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun.

Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang
bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu.

Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.

Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah       memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari’ wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini        sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant’ wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metalnya, kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai “free-thinker” adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tidak silap saya). Kemudian mereka minum.

Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu.

Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website (www.forum.jiwang.org) yang menyebut, “Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran.

Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas “Young Lecturer Scheme”. Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian.

Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible.”

Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa).

Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan missionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan… cukuplah sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad… Harapan saya agar apa yang anda baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Tidak secara elektronik – forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah… Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & peringatan… untuk manfaat kita bersama…


Cara merogol baru

September 26, 2006

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..

Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain – merogol perempuan.

Ianya berlaku pada kalangan kawan-kawan dia juga. Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kesian dgn budak nie… dia hampiri dan tanya budak nie. Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.

Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.

Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu.. sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit – dalam keadaan telanjang.

Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka. Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi…


Kek2 yang Haram Dimakan…

September 26, 2006

JAKIM & PPIM dah sahkan roti “HIGH 5″ dicampur minyak BABI dari Jerman hari ini. Boleh rujuk Malay Mail 7 SEPT 2006.

Bukan takat roti jenama hi-5 tapi semua keluaran Silver Bird Group Berhad, parent company depa. Silver birds juga bekalkan produck utk syt direct selling cosway! Yang paling tak syok, fatty chemical depa import dari Israel jenama “Dubur”!

Klik Sini Untuk Keterangan Lanjut


Saper suka makan roti canai, sila baca…

September 26, 2006

KISAH AL-ALSALAM TMN SEMARAK NILAI

KISAH TERBARU YG SAYA BACA..BERLAKU DALAM BULAN JUN 2006. SEPUPU RAKAN SAYA MAKAN DI KEDAI MAMAK AL-SALAM TAMAN SEMARAK NILAI N9. (BERTENTANGAN DGN KLINIK..)

WAKTU KEJADIAN DALAM PUKUL 1.30-2.00 PAGI. SEPUPU RAKAN SAYA NAK BUANG AIR KECIL SELEPAS MAKAN DAN MINUM, BELIAU MENUJU KE TANDAS. ADA DUA PINTU TANDAS. BELIAU TERUS MASUK KE SALAH SATU TANDAS TERSEBUT UTK MENUNAIKAN HAJATNYA.

SEMASA SEDANG MENUNAIKAN HAJATNYA BELIAU TERDENGAR SESUATU DI DALAM TANDAS SEBELAH. SELEPAS KELUAR BELIAU MENCARI PUNCA BUNYI TERSEBUT DAN MELIHAT KE ARAH TANDAS BERSEBELAHAN DIMANA PINTUNYA SEDIKIT TERBUKA. SEPUPU RAKAN SAYA MENOLAK SEDIKIT PINTU TERSEBUT DAN DENGAN JELAS MELIHAT SEORANG PEKERJA SEDANG BERDIRI SAMBIL MENGULI TEPUNG ROTI CANAI MENGGUNAKAN KAKINYA!!!!

PEKERJA (MUNGKIN PEKERJA ASING DARI BANGLA ATAU INDIA ). PEKERJA TERSEBUT TERKEJUT TTP TIDAK BERBUAT APA2. KEADAAN PEKERJA ITU SENDIRI AMAT MELOYAKAN, PELUH KELIHATAN JELAS KERANA DIA TIDAK BERBAJU, KUKUNYA JUGA KELIHATAN PANJANG DAN KOTOR.

SEPUPU RAKAN SAYA TERUS MEMBERITAHU RAKAN2NYA DI SITU DAN MEREKA TERUS MENYERBU KEDALAM TANDAS TERSEBUT UNTUK MELIHAT APA YG
DIPERKATAKAN SEPUPU RAKAN SAYA ITU. SEMUA PELANGGAN YANG ADA TERUS MENGAMUK, MEMBALING KERUSI DAN MEJA DAN MCM2 LAGI…

TETAPI SEPUPU RAKAN SAYA ITU AMAT KESAL KERANA TIDAK TERFIKIR LANSUNG UTK MENGAMBIL GAMBAR UTK DIJADIKAN BUKTI. SEDANGKAN MASING MASING ADA HANDPHONE BERKAMERA.

ADA JUGA PELANGGAN YG TIDAK BERBUAT APA2 TTP MELARIKAN DIRI MUNGKIN UTK MENGELAK DARI MEMBAYAR… SEJAK ITU SAYA LANGSUNG TAK TERINGIN NAK MAKAN KAT KEDAI MAMAK LAGI.

UTK PENGETAHUAN SEMUA, SEMUA PEKERJA AL-SALAM AKAN DITEMPATKAN DI SESEBUAH RESTORAN UNTUK TEMPOH WAKTU TERTENTU, MEREKA AKAN BERKHIDMAT DI SEMUA CAWANGAN MENGIKUT TEMPOH TERTENTU..

MUNGKIN NAK ELAKKAN BORING KOT… DI BANDAR NILAI SAJA TERDAPAT BEBERAPA BUAH CAWANGAN AL-SALAM. SAYA NI PELANGGAN TETAP.. SO SAYA KENAL BEBERAPA PEKERJA AL-SALAM DI TMN CEMPAKA DAN PERNAH JUMPA MEREKA BERKERJA DI AL-SALAM CAWANGAN TMN SEMARAK DAN LAIN-LAIN CAWANGAN….

HARAP DAPAT SEBARKAN PERKARA INI AGAR KWN2 KITA TAK LA MAKAN ROTI CANAI YG DIULI DGN KAKI DIDALAM JAMBAN PULAK TU….

Wallahualam….

p/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, untung & pahala kenalah selari baru berkat hidup kita, Insyaallah.


Surat dari Syaitonirrajiim

September 25, 2006

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerana catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH.

Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita tonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk, dan macam2 lagi.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan ‘TERIMA KASIH’ kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa aku menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se ego mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak. Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku, kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.


Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

September 25, 2006

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI… sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti .

8) AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA… dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.


Renungan Ramadhan

September 25, 2006

SEMOGA RAMADHAN MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN &

SEMOGA SYAWAL MEMBAWA SERIBU KERAHMATAN

Assalamualaikum..

Renungan untuk teman2ku,
Ramadhan Mubarak!
Selamat Datang Bulan Ramadhan…

Do’a Malaikat Jibril:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullahpun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi sebahagian dari diri,

saatnya istirehat dalam “perjalanan dunia”
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah

“Selamat Berpuasa kepada semua”…

Wassalam