Zionisisme : Makna, pengasas dan matlamatnya

Message: 1-Makna Zionisme

Kita sering mendengar perkataan Zionis samada dalam akhbar, berita, majalah dan sebagainya. Tetapi adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan Zionis? Adakah Zionis itu pertubuhan atau gerakan atau fahaman? Untuk kita menyingkap rahsia ini, marilah kita sama-sama mengkaji dahulu apakah Zionis .

Pengertiannya :

Istilah Zionis terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘ZION’ dan ‘ISME’. Perkataan ‘Zion’ diambil daripada perkataan Ibrani (bahasa Yahudi) yang bermaksud ‘batu’. Batu yang dimaksudkan disini ialah ikatan batu bangunan istana atau ‘Haikal’
yang didirikan oleh Nabi Sulaiman dikota Al-Quds. Manakala ‘Isme’ pula (bahasa Inggeris) yang bermaksud ‘fahaman’ atau ‘ajaran’.

Oleh sebab itu, gabungan daripada ‘Zion’ dan ‘isme’ membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. fahaman ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan sebuah kerajaan ‘Israel Kubra’ (Israel Raya) serta menjadikan kota Al-Quds ini sebgai ibu kotanya.

Zionisme didalam bahasa Arab pula adalah As-Sohyuniyyah yang di sandarkan kepada perkataan Sohyun iaitu satu tempat yang terletak diantara dua bukit, dan disitulah mereka akan mendirikan kerajaan israel Raya.

Kesimpulanya, Zionisme adalah adaptasi daripada beberapa perkataan yang memberi makna yang menjurus kepada bentuk ideologi yang dianut oleh bangsa Yahudi sedunia dan ini telah menolak tanggapan bahawa Zionisme adalah satu gerakan yang didokong oleh mereka. Oleh itu , istilah ini sering kita dengari dimana-mana kerana mereka menganut fahaman ini dan Zionis pula di guna
pakai kepada bangsa Yahudi.

2-Pengasasnya.

Menurut Dr Majid Kailani (Al Khasarus Sohyuni ‘ala al ‘Alami Islami’- Kerugian Zionisme keatas Dunia Islam), Zionisme telah diasakan oleh Theordore Hertzel (salah seorang pemimpin Yahudi) setelah beliau mengarang kitab yang berjudul ‘Negara Yahudi ‘ pada tahun 1896 Masihi.

Pada muktamar yang kelima yang diadakan di Hall tahun 1901 M, beliau telah membuat satu resolusi penting iaitu Palestin adalah bumi abadi milik bangsa Yahudi. kebanyakan daripada pemimpin yang menyokong kepada penubuhan Zionisme adalah daripada golongan sekular Yahudi daripada Jerman dan Austria. Bagi mereka Zionisme adalah lambang kepada negara Yahudi bukannya identiti agama mereka.

3-Matlamat penubuhan zionis.

Setelah kita memahami bahawa Zionisme adalah sebagai fahaman yang dianuti oleh mereka, maka diketahuilah oleh kita bahawa matlamat utama daripada tertubuhnya fahaman ini adalah untuk mendirikan kerajaan Israel Raya. Oleh kerana pendokong utama adalah daripada mereka yang berfahaman Nasionalis Sekular, maka fahaman ini tiada kena mengena agama mereka. Oleh kerana
mereka tidak mempunyai negara, perasaan rendah diri dan rasa diri mereka dihina menyebabkan mereka mengimpikan sebuah
negara mereka sendiri. Lalu mereka telah memilih bumi Palestin sebagai sebuah negara sekular yahudi. Fahaman ini telah mendominasikan seluruh bangsa Yahudi sehinggakan Zionisme elah mewarnai kehidupan beragama mereka, yang pada asal Zionis bukanlah satu doktrin agama.

Namun pada hakikatnya, Zionisme ini muncul setelah perasaan malu dan rendah diri mereka kerana mereka dipanggil sebagai bangsa yang merempat.Manakala pengasas kepada fahaman ini yang terdiri daripada golongan sekular yang mahu sebuah negara yang bebas daipada ikatan keagamaan.Pemimpin-pemimpin utama mereka mendendangkan fahaman ini seumpama ianya sebahagian daripada ajaran agama mereka telah membawa kepada perubahan yang besar didalam pemikiran bangsa Yahudi sehinggakan ‘matlamat menghalalkan cara’.

Penutup.

Apa yang berlaku dibumi Palestin hari ini adalah suatu perancangan yang teratur daripada musuh-musuh Allah. Kita sebagai orang Islam yang meyakini bahawa janji Allah iaitu akan tiba suatu masa nanti pembebasan bumi Al Aqsa. Bangsa Yahudi akan menerima akbibat daripada kejahatan kemungkaran yang mereka lakukan.

This entry was posted in tazkirah. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s