Abah, bagi balik tangan Ita…

Oktober 3, 2006

HARGA SESEBUAH HARTA DAN MANUSIA…

bagi sapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004, bacalah cite sedih ni, ingatlah….marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan…

kepada semua parents,

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran… Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.

Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M’sia untuk praktikkan konsep “time out” jika anak2 buat salah.

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar – meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

“Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.

“Bagi minum panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Sampaikan Sekarang!

Oktober 3, 2006

Cerita dr faridah…

Kepada yang masih ada ibu…

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya … dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

With Love to All Mother
” JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA
“.
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya……….


14 Perkara Yang Tidak Disukai SUAMI

Oktober 3, 2006

Dalam kehidupan sehari-hari, sbnrnya byk perkara-perka yg isteri lakukan tidak begitu digemari oleh suami, kadang-kadang boleh menyebabkan suami bosan atau mendatangkan kemarahan padanya. Jadi, cuba pastikan yang anda tidak melakukan atau mengelak perkara-perkara di bawah untuk membina perkahwinan yang kukuh dan harmoni.

1.. Memperkecilkan suami di hadapan org lain antara sedar dan tidak.
Cth : “Hubby I tu kan, siang ikan pun dia tak tau, dahla kadang-kadang cuci pinggan pun kekadang aje rajin, bla bla bla..”

2.. Mengganggu suami dgn menelefon dia terlampau kerap sangat & kena pula pd setiap kali anda call, dia sdg bermesyuarat @ jumpa client penting.
Cth: “Hello, abg ada meeting ke tu? Sorry la, cuma nak cakap..mlm ni kita masak ikan sardine je, okey tak?”

3.. Terlalu suka mengemas rumah @ mengalihkan brg sampai suami tak jumpa barang2 yang disimpannya.
Cth: isteri menjawab pertanyaan suami di mana screw driver yg selalu diletak atas almari dapur; “Yah dah simpan kat dlm setor tp lupa pula kat rak mana satu, abg carilah sendiri.”

4.. Mengambil muka surat akhbar @ bahagian tertentu dan menyusun semula dgn cara yg amat salah. Bila suami hendak membacanya, tidak berjumpa mana-mana mukasurat yang hendak dibaca.
Cth : “ooo, sport section tu ayang dah buat bungkus sayurlah bang!”

5.. Memotong mana-mana bahagian majalah @ akhbar sampai berlubang sana-sini dan suami belum sempat baca.
Cth : “Eh.kita dah potong simpan berita pasal carnival jualan tu, takut tak ingat nanti.”

6.. Menyuruh suami agar membeli itu & ini dlm perjalanan balik kerja sdgkan anda berdua baru aje pergi supermarket semalam.
Cth : “Eh bang, semalam kita terlupa nak beli gram, gula, susu budak.boleh singgah mana-mana tak?”

7.. Tidak memberi pesanan yg jelas bila menyuruh dia ke kedai.
Cth : “Saya kata beli susu pekat bukannya susu cair. Kan dah tak jadi kuih saya ni.”

8.. Membuat temujanji dan aktiviti social tanpa persetujuan suami terlebih dahulu.
Cth : “I dah confirm mlm Jumaat ni nak dinner kat rumah Cik Ruby, you takde program tahlil kat mana-mana kan?” (p/s : silap la beb..mlm Jumaat tu..)

9.. Mengubah barang, tpt buku atau barang-barang computer peribadi tanpa memberitahu suami
Cth : “Screensaver abg tentang pambar 1500cc Harley tu I dah tertukar jadi gambar bunga rose, sorrylah bang!.”

10.. Mengganggu suami yang sedang asyik menonton tv.
Cth : “Alah bang! Pasukan Manchester tu sampai mati tak akan dapat kalahkan Liverpool. Mari tolong ssaya potong ayam ni.” (p/s : ko hina pasukan bola kegemaran aku?)

11.. Menceritakan hal rumahtangga pasa org lain termasuklah cerita-cerita dalam kelambu walaupun dalam bentuk gurauan.
Cth: “Eeeii, korang tau tak suami aku tu kalau sblm tidur mesti bla bla bla..”

12.. Meminjamkan harta benda suami pd org lain tanpa kebenaran atau meminta izin terlebih dahulu.

13. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur lewat tanpa sebab-sebab yang munasabah
Cth : “Abang tidurlah dulu, Yah nak habiskan tengok drama ni dulu.”

14 . selalu bangun lewat pada hari minggu
cth : alah bang baru jam berapa ni … hari ni kan hari minggu


Kupu2 Serupai Muka dan Tubuh Manusia!

Oktober 3, 2006

Corak kupu-kupu serupai muka, bentuk manusia
28-09-2006 03:44:27 PM

SEREMBAN:Seorang penduduk di Taman Pelangi, Sikamat di sini terkejut menemui seekor kupu-kupu yang mempunyai corak timbul pada sayapnya yang menyerupai bentuk wajah dan tubuh manusia.

http://i27.photobucket.com/albums/c184/peninpala/kupu2809.jpg
Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)

Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.

“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.

“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.

Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.

“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.

Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.

Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA

Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)
Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.

“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.

“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.

Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.

“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.

Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.

Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA.


Melihat Orang Yang Kita Sayang Pada Saat Dia Tidur

Oktober 3, 2006

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia
tidur…..

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka…..

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. …
Lihatlah ibu anda….
Hmm…kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu…
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya…

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata… “betapa lelahnya..penatnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA…..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka “orang-orang terkasih &
tersayang itu” tak lagi membuka matanya,
untuk selama2nya …………


Terbongkarnya Rahsia SOLAT

Oktober 3, 2006

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

Oktober 3, 2006

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia. Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tidak lapar”

———-KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA : Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,ddia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, dia berkata : “Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA : Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : “Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak , ibu tidak penat”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA : Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : “Minumlah nak, ibu tidak haus!”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT : Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : “ibu tidak butuh cinta”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA : Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata
: “ibu ada duit”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM : Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : “ibu tak biasa tinggal negara orang”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH : Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : “Jangan menangis anakku, ibu tidak kesakitan”

———-KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN : Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : “Terima kasih ibu..!”

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi…

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata “MENYESAL” di kemudian hari.


Perihal Kentut

Oktober 3, 2006

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BENGONG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yg terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepas kan kentut nya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertaw’a terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentut nya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika
sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Gurau aje…
moral:jangan kentut merata-rata
wink


Bini Usin

Oktober 3, 2006

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza, tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!

“Usin… bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi… mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi…


Ajis Kaki Pancing

Oktober 3, 2006

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..