Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Oktober 8, 2006

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN. Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan ‘tray’ gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.”

“Saya tidak pernah faham mengapa. Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!” katanya lagi.


Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Oktober 8, 2006

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah…’ada sapu apa-apa minyak di perut’ bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah.. Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas… Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah… tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya… kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors (Malaysia), Penang.
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@expeditors.com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri’s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor’s children’s word.

I was informed by the experts that they found traces of “OIL” in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too… etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his “orang tua” rubbed a lot of “minyak angin” on his stomach to prevent him from “kena angin”. I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this “minyak angin” will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That’s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.

Best Regards,
Walter Ong
Business Development Manager, Penang
Distribution Services
Expeditors (Malaysia) Sdn Bhd
TEL: 604-6329 433
DID: 604-6329 501
FAX: 604-6307 023


Kisah yang akan kita lalui..

Oktober 8, 2006

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit.. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi… Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia??? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…


Funeral in Tibet?! (18++ only)

Oktober 8, 2006


Bini Usin

Oktober 5, 2006

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza, tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!

“Usin… bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi… mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi…


Kupu2 Serupai Muka dan Tubuh Manusia!

Oktober 5, 2006

Corak kupu-kupu serupai muka, bentuk manusia
28-09-2006 03:44:27 PM

SEREMBAN:Seorang penduduk di Taman Pelangi, Sikamat di sini terkejut menemui seekor kupu-kupu yang mempunyai corak timbul pada sayapnya yang menyerupai bentuk wajah dan tubuh manusia.

http://i27.photobucket.com/albums/c184/peninpala/kupu2809.jpg
Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)

Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.

“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.

“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.

Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.

“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.

Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.

Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA

Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)
Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.

“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.

“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.

Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.

“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.

Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.

Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA.


Do Not Walk Alone

Oktober 4, 2006

My experience.. When you walk Alone… Tolonglah baca…

Salam To All my friends..

Saya nak share one experience.. It happend to me yesterday.. While I was walking ALONE to komuter station petang semalam… One Indian guy tegur saya coz dia nak tau kat mana station komuter bank negara and he’s going to Sg Buloh…He looks nice guy.. talk.. nampak gentleman… So dengan “baiknya” saya jawab lah.. warganegara prihatin la kononnya… Usually kalau seseorg tu ikhlas nak tanya… lepas tanya dia akan pergi la kan… tapi this guy tak buat mcm tu… dia tak terus pergi.. malahan.. jalan saing ngan saya… pada awalnya saya tak rasa apa2 la…then dia mula tunjuk ramah.. tanya macam2 la.. mana kerja.. siapa nama…nak pergi mana.. etc..

Then bila dia mula tanya lebih2… saya stop answering his questions…saya just sengih je… dan buat2 tak dengar… SEBABNYA… saya terfikir.. kenapa dia nak tanya those question kalau tak de hal or hidden agenda… takkan nak cari kawan baru kot.. impossible.. and at the same time saya teringat e-mail tentang kerja2 hindu/kristian memurtadkan wanita muslim..
which terdetik kat hati.. mungkin dia tengah ‘menjalankan kerjanya’.. sempat jugalah saya baca ayat kursi sekali.. minta perlindungan Allah…

Then saya cuba menjauhkan diri dari dia… dengan berjalan perlahan sikit… let him jalan kan depan.. I thought dengan mcm tu.. dia akan faham dengan tindakan saya yang tak selesa dengan dia… TETAPI yang membuatkan saya terkejut… at one point dia stop.. tunggu saya to ask my contact number.. So since saya dah rasa semacam.. saya tak bagi la… kata name card dah habis… dia nak juga my h/p no.. tapi saya buat bodo je.. sengih je… He did try to hulurkan tangan nak salam.. tapi I buat bodo je..

Dia cuba ikut saya turun ke Platform Pelabuhan Klang…and I think he still hope to get my contact no… tapi saya kata “Platform Sungai Buluh sebelah sana…” Kalaulah dia tak de hidden agenda.. takkan lah bersungguh2 nak minta contact no kan?… So dengan berat hatinya dia ke bahagian Platform Sungai Buloh… then lepas tu saya cepat2 masuk ke platform dan wish tak nampak muka dia lagi…

So… to all friends… When a stranger ask you many questions yang tak sepatutnya.. janganlah jawab… buat2 tak dengar ke… buat2 dapat call ke… or.. buat2 call someone.. dan kalau boleh.. jangan la jalan sensorang… kalau have to.. buat2 la sombong.. so that people tak nak cakap ngan kita… for me kalau utk tujuan keselamatan.. tak salah buat2 sombong ni… dan jangan lupa baca ayat kursi bila nak keluar rumah.. so that kita terlindung dari syaitan yang menghasut manusia kepada
kesesatan…

Please warn all your friends.. jangan anggap kita takkan terjebak… atau terkena.. It can happend to anybody.. ourselves.. sisters… cousins.. semua la.. so kena sentiasa berhati2… dan to all my male friends.. please
jaga you adik.. kakak.. and even kawan2 perempuan dari anasir2 yang mcm ni…

Salam…


Do Not Walk Alone

Oktober 4, 2006

My experience.. When you walk Alone… Tolonglah baca…

Salam To All my friends..

Saya nak share one experience.. It happend to me yesterday.. While I was walking ALONE to komuter station petang semalam… One Indian guy tegur saya coz dia nak tau kat mana station komuter bank negara and he’s going to Sg Buloh…He looks nice guy.. tall.. nampak gentleman… So dengan “baiknya” saya jawab lah.. warganegara prihatin la kononnya… Usually kalau seseorg tu ikhlas nak tanya… lepas tanya dia akan pergi la kan… tapi this guy tak buat mcm tu… dia tak terus pergi.. malahan.. jalan saing ngan saya… pada awalnya saya tak rasa apa2 la…then dia mula tunjuk ramah.. tanya macam2 la.. mana kerja.. siapa nama…nak pergi mana.. etc..

Then bila dia mula tanya lebih2… saya stop answering his questions…saya just sengih je… dan buat2 tak dengar… SEBABNYA… saya terfikir.. kenapa dia nak tanya those question kalau tak de hal or hidden agenda… takkan nak cari kawan baru kot.. impossible.. and at the same time saya teringat e-mail tentang kerja2 hindu/kristian memurtadkan wanita muslim.. which terdetik kat hati.. mungkin dia tengah ‘menjalankan kerjanya’.. sempat jugalah saya baca ayat kursi sekali.. minta perlindungan Allah…

Then saya cuba menjauhkan diri dari dia… dengan berjalan perlahan sikit… let him jalan kan depan.. I thought dengan mcm tu.. dia akan faham dengan tindakan saya yang tak selesa dengan dia… TETAPI yang membuatkan saya terkejut… at one point dia stop.. tunggu saya to ask my contact number.. So since saya dah rasa semacam.. saya tak bagi la… kata name card dah habis… dia nak juga my h/p no.. tapi saya buat bodo je.. sengih je… He did try to hulurkan tangan nak salam.. tapi I buat bodo je..

Dia cuba ikut saya turun ke Platform Pelabuhan Klang…and I think he still hope to get my contact no… tapi saya kata “Platform Sungai Buluh sebelah sana…” Kalaulah dia tak de hidden agenda.. takkan lah bersungguh2 nak minta contact no kan?… So dengan berat hatinya dia ke bahagian Platform Sungai Buloh… then lepas tu saya cepat2 masuk ke platform dan wish tak nampak muka dia lagi…

So… to all friends… When a stranger ask you many questions yang tak sepatutnya.. janganlah jawab… buat2 tak dengar ke… buat2 dapat call ke… or.. buat2 call someone.. dan kalau boleh.. jangan la jalan sensorang… kalau have to.. buat2 la sombong.. so that people tak nak cakap ngan kita… for me kalau utk tujuan keselamatan.. tak salah buat2 sombong ni… dan jangan lupa baca ayat kursi bila nak keluar rumah.. so that kita terlindung dari syaitan yang menghasut manusia kepada kesesatan…

Please warn all your friends.. jangan anggap kita takkan terjebak… atau terkena.. It can happend to anybody.. ourselves.. sisters… cousins.. semua la.. so kena sentiasa berhati2… dan to all my male friends.. please jaga your adik.. kakak.. and even kawan2 perempuan dari anasir2 yang mcm ni…

Salam…


Don’t Take Panadol?!

Oktober 4, 2006

DON’T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE (ESP.PPL HAVE GASTRIC).

FYI… One real story from a guy…

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctor quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL) . In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an a ir stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She’s now in her early 30’s, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that’s because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solu tion to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser wo uld be your threshold for pain (your endurance level for pain).

We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you w ill need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol.. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that n ormal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.


Kisah Adik dan Israel

Oktober 4, 2006

Kisah Yang Menyayat Hati: Adik dan Israel
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya.

Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi.

Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.

Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang.Mata adik
terbeliak.

Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

“Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!”

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik Tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.

Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. “Adik nak ikut walid” Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik.

“Adik jaga ummi ya” pesan abang.

“Abang nak pergi mana” tanya adik seperti orang bodoh.

“Abang nak pergi berjuang”. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. “Isra..Israfil.” terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. “Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel.” Ummi membetulkan sebutan adik. “Is.ra.el” akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. IsraelIsrael yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

“Ummi, kenapa kita hidup susah?” adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

“Kita kena sabar sebab sabar itu cantik” ujar ummi perlahan.

“Cantik macam syurga ker ummi?” adik tanya lagi.

Ummi senyum.

“Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa” sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam AlQuran cepat macam abang. Adik ingat  pesanan ummi. Umi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik
terhenti apabila pintu diketuk dan nama Umi dilaung-laungkan dari luar.

“Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid”muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

“Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba…..

“Muhammad!!!!!!!” Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

“Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang” terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

HUDA SOID
[Ya Allah .. please forgive me .. please forgive me .. forgive me ya Allah .. ] juga musuh Allah. laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak” terang Mak Cik Fatima panjang lebar.