Corak kupu-kupu serupai muka, bentuk manusia
28-09-2006 03:44:27 PM
SEREMBAN:Seorang penduduk di Taman Pelangi, Sikamat di sini terkejut menemui seekor kupu-kupu yang mempunyai corak timbul pada sayapnya yang menyerupai bentuk wajah dan tubuh manusia.

Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)
Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.
Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.
“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.
“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.
Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.
“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.
Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.
Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA
Kelihatan dengan jelas bulatan seakan-akan ‘kepala’ manusia dan dua ‘tangan’ pada sayap kupu-kupu ini. (foto Bernama)
Ahmad Fuzi Salim, 43, menemui kupu-kupu ganjil itu selepas pulang dari solat tarawih di sebuah surau berhampiran rumahnya di No 7999, Jalan Palas 4/3, Taman Pelangi pada kira-kira pukul 9.15 malam tadi.
Beliau berkata pada mulanya beliau tidak berasa apa-apa melihat seekor kupu-kupu berwarna perang coklat berkenaan hinggap di luar dinding dekat tingkap depan rumahnya.
“Namun selepas diamat-amati, kupu-kupu berkenaan mempunyai bentuk wajah manusia yang mempunyai hidung, mata, dan seolah-olah memakai baju besi dan ia timbul.
“Saya memaklumkan kepada jiran sebelah rumah saya mengenai perkara itu dan dia seterusnya mengakui pemerhatian saya itu benar,” kata pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu.
Ahmad Fuzi berkata sejak tinggal di rumah berkenaan enam tahun lepas, itulah pertama kali beliau menemui kupu-kupu seumpama itu yang dianggapnya ganjil.
“Cicak yang mendekati kupu-kupu itu pun dilihat menjauhkan dirinya selepas mendekati kupu-kupu itu. Saya anggap ini adalah keajaiban Allah di bulan Ramadan ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun ramai orang datang untuk melihat kupu-kupu itu, namun serangga itu langsung tidak berganjak dari tempat ia mula-mula hinggap.
Ditanya sama ada beliau mahu menyimpan kupu-kupu itu, Ahmad Fuzi berkata: “Biarlah… serangga itu pun mahu hidup, tak usahlah ia dianiaya,” katanya.
Pada 13 Sept lepas seorang penduduk Kampung Paya, Pajak Song di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat rezeki terpijak apabila menjual gambar pelepah pokok pinang aneh yang menyerupai wajah lelaki tua bengis lengkap dengan anggota seperti mata, mulut, hidung telinga dan dahi. BERNAMA.