Cats are cute!

Oktober 8, 2006


Who wants to share my cornflakes?

Oktober 5, 2006

click image to enlarge…


Melayu Mudah Lupa?

Oktober 5, 2006

citer ni takde kena mengena ngan tajuk kat atas…hehehehe…….moral of the story…..jgn selalu ckp tak baik pada anak2……ckp ibu bapa ni spt doa…. Dasar Pelupa

Seperti biasa andi yang belajar di dalam kelas 5D mesti meminta izin dari ayahnya untuk ke sekolah.

“Ayah, saya ke sekolah dulu ye,” Kata Andi. “Baik-baik dalam perjalanan. Eh, kenapa kamu tak pakai seluar ni?” Tanya ayahnya. “Alamak, terlupa pulak!” Kata Andi. “Dasar pelupa!” kata ayahnya sambil marah-marah.

Keesokan harinya Andi mahu pergi ke sekolah. Seperti biasa, dia meminya izin… “Ayah, saya nak ke sekolah dan hari ni tidak ada lagi yang terlupa,” kata Andi. “Betul? Habis buku-buku kamu yang di atas meja tu apa?” kata ayahnya sambil mengingatkan.

“Oh ya, saya terlupa ayah,” kata Andi. “Kau ni, masa kecil pun dah terlupa begini, besar nanti mcm mana agaknya. Pelupa sungguh!” leter ayah Andi lagi.

Kesesokan harinya Andi meminta Izin lagi dari ayahnya… “Ayah, hari ni saya nak pegi ke sekolah dan semuanya sudah lengkap. Daripada seragam sekolah, beg, kasut, buku dan pembaris, semuanya sudah ada. Tidak lupa lagi,” kata Andi dengan yakin. Tiba-tiba…

“PAKKKKKKKKK”

ANDI DI PUKUL OLEH BAPAKNYA DARI BELAKANG.

“DASAR PELUPA! HARI INI KAN HARI MINGGU! TAHU?”


JAKUN

Oktober 5, 2006

JAKUN.. salah satu suku kaum asli kat Semenanjung…
Ramai org kat sini guna perkataan ‘JAKUN’ utk refer benda negatif..
Jadi, bagaimana aku sbg org Melayu x suka kalau2 ada org guna perkataan ‘MELAYU’ utk merujuk benda2 x elok.. rasanya kaum Jakun pon sama jugak..

p/s aku terjumpak quote ni kat dlm salah satu posting.. aku rasa elok jgk utk kita renung..


CINTA, KASIH, SAYANG dan HATI..

Oktober 5, 2006

CINTA, KASIH, SAYANG dan HATI..

CINTA :

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini… mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat macam mana?


Ajis Kaki Pancing

Oktober 5, 2006

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


Bini Usin

Oktober 5, 2006

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza, tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!

“Usin… bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi… mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi…


Friendship

Oktober 5, 2006

:-) Friendship (-:

Many people will walk in and out of your life.
But only true friends will leave footprints in your heart.
To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.

 

Friends


Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.


He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.

Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.

Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all
yourself.

Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…

Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
That is why it is called the present.


Show your friends how much you care…
Send this to everyone you consider a FRIEND.
If it comes back to you, then you’ll know you
have a circle of friends.

 

When you receive this letter,
I recommend that you send it to all your friends,
including the person who sent it to you!

You don’t have to send it to your friends, it’s your choice.
I don’t want to force you to do it, but trust me;
it’s always good to tell your friends
some nice words now and then
and that you care…

(-: Don’t make them disappointed! :-)


Maklum balas majlis perkahwinan Siti – Datuk K

Oktober 4, 2006

Berikut adalah maklum balas majlis perkahwinan Siti – Datuk K?

Rosyam Nor:

“Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos rancangan MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin masuk TV, jemputlah saya untuk jadi hos”

Datuk Yusof Haslam:

“Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk watak Datuk K”

Datuk Sharifah Aini:

“Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah”

Ella:

“Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk”

Mawi:

“Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan niat saya untuk ‘potong line’ tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan suaminya. Selamat pengantin baru”

Ina (Tunang Mawi):

“Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak”

Aznil:

“Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat saye kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit”

Pak Lah:

“Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti”

Sammy Vellu:

“Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol tidak akan dinaikkan. Siti boleh selalu balik kampung di Kuale Lipis”

Syarifah Amani:

“I will look stupid if I wear kurung Melayu”

Karam Singh Walia:

“Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua”

Muhammad Aazif (anak Datuk K):

“Kalau dulu bila sambut Mother’s Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father’s Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu tu?.. “Ayahku Kahwin Lagi”

Adulaaa…


Maklum balas majlis perkahwinan Siti – Datuk K

Oktober 4, 2006

Berikut adalah maklum balas majlis perkahwinan Siti – Datuk K?

Rosyam Nor:

“Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos rancangan MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin masuk TV, jemputlah saya untuk jadi hos”

Datuk Yusof Haslam:

“Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk watak Datuk K”

Datuk Sharifah Aini:

“Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah”

Ella:

“Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk”

Mawi:

“Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan niat saya untuk ‘potong line’ tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan suaminya. Selamat pengantin baru”

Ina (Tunang Mawi):

“Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak”

Aznil:

“Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat saye kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit”

Pak Lah:

“Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti”

Sammy Vellu:

“Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol tidak akan dinaikkan. Siti boleh selalu balik kampung di Kuale Lipis”

Syarifah Amani:

“I will look stupid if I wear kurung Melayu”

Karam Singh Walia:

“Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua”

Muhammad Aazif (anak Datuk K):

“Kalau dulu bila sambut Mother’s Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father’s Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu tu?.. “Ayahku Kahwin Lagi”

Adulaaa…