Paku di Dinding

Oktober 15, 2006

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.”

“Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


Doa Untuk Kedua Orang Tua

Oktober 15, 2006

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

P/s: Untuk mengetahui kisah misteri di sebalik lagu Samsons, klik sini


Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Oktober 8, 2006

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN. Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan ‘tray’ gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.”

“Saya tidak pernah faham mengapa. Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!” katanya lagi.


Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Oktober 8, 2006

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah…’ada sapu apa-apa minyak di perut’ bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah.. Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas… Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah… tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya… kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors (Malaysia), Penang.
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@expeditors.com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri’s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor’s children’s word.

I was informed by the experts that they found traces of “OIL” in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too… etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his “orang tua” rubbed a lot of “minyak angin” on his stomach to prevent him from “kena angin”. I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this “minyak angin” will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That’s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.

Best Regards,
Walter Ong
Business Development Manager, Penang
Distribution Services
Expeditors (Malaysia) Sdn Bhd
TEL: 604-6329 433
DID: 604-6329 501
FAX: 604-6307 023


Kisah yang akan kita lalui..

Oktober 8, 2006

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit.. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi… Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia??? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…


Bahaya Air Mineral

Oktober 8, 2006

SEKARANG NIE  KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SBN.. 19 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN JENAMA (AIR MINERAL) :-

 
1.
    ALBARAKAH
2.
    AL-MANSOR
3.
    AL-BISTARI

 
P/S:-SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA @ DIBELI..

 
SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN “HOLY WATER”.
TOLONG SEBARKAN MESEJ INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.

 
SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA  UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM), AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN MENGHANTAR MESEJ NI…

 
SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT


Attitude: the best solution!

Oktober 8, 2006

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Are equal to:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26:

So:

Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%.
Where’s the other 2%?

Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%.

Luck = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%
(Sometimes they think this could be the most important)

So, what will give you 100% to achieve success? Wealth? Poverty? Not at all…

To achieve success in our life, we just need to go one step further, and that’s A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100% Good luck!!


CAUTION! Kurma Holy Water?!

Oktober 5, 2006

Assalamualaikum,

Agak2 korang la kan, kurma ni halal ke x? Member aku bwk balik dari opis, ade customer bagi. Kurma ni dtg sekali dgn kurma2 halal yg lain. Kalau korang peka, gambar depan tu mcm gambar Virgin Mary. Dikatakan, kurma ni diperam ngan holy water. So, beware my friends!!

(sediakan payung sebelum hujan jer…al-maklum ler sekarang ni banyak sangat kes pelik….)

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A’lamin.”


Azan & 3 tanda-tanda

Oktober 5, 2006

Assalamualaikum wbt.

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT,

Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkandiri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukanlidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita
sedang dicabut.

“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbala’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD S. A. W. kepada SAIDINA ALI R. A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataansia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalamkeharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s. w. t.

Wang RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin
memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk  memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ’suratberantai’ melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan
ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA’ALLAH.

Wassalamualaikum


Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W.

Oktober 5, 2006

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”